Manusia dilahirkan mempunyai perasaan. Perasaan yang sangat
jujur dalam diri adalah bila jatuh
sayang pada seseorang dengan niat yang baik .
Kali ini aku ingin sekali berkongsi cerita tentang
perasaanku terhadap seseorang . serius ! ia datang dari hati yang tulus ikhlas
dan niat yang baik dari hati . sepatutnya aku memang tak patut mengharapkan
sesuatu yang belum tentu menjadi milik aku tapi salahkah aku memasang niat yang
ikhlas semuanya kerana DIA . insyaAllah dengan izin dia segala yang mustahil
akan terjadi dengan usaha yang datang
dari diri sendiri.
Perasaan ini mula terbit tanpa aku sedari , tapi rasa
seperti tidak layak untuk melayan perasaan yang suci ini . sesungguhnya aku
ingin meneruskan perasaan ini hingga ke hujungnya . Dia pastinya seorang lelaki baik pada aku ,
takpernah bertemu saat ini tidak juga bercakap dalam telefon malah amat jarang
sekali bermesej kerana masing-masing ada komitmen . FB? Apa gunanya? Juga
jarang berborak . mungkin tertanya macam mana perasaan itu datang? Oh hati
penuh rahsiaa! Tiada siapa yang tahu! Tapi aku mula menyedarinya bila di satu sudut
aku berdoa aku menyebut namanya dan tanpa sedar aku berniat ingin memilikinya.
Dan dari itu aku sering mengingatinya serta agak teruja bila cerita tentang
dirinya padahal aku sama sekali tidak kenal dia dengan secara mendalam!
Ajaibnya perasaan.
Dalam satu hal yang aku takuti pabila aku mungkin akan
ditolak darinya . jadi sebelum aku meluahkan perasaan aku padanya, aku perlu
persiapkan hati aku dengan segalanya kerana kemungkinan ditolak dan diterima
itu ada. Kenapa ditolak? Sebabnya ada kelemahan aku atau ketidaksempurnaan
dalam diri . semoga aku tabah laa J
Aku sayang dia kerna Allah swt , aku inginkan dia menjadikan
aku miliknya juga kerana Allah swt andai aku tidak dapat memiliki dia, itu juga
atas kehendakMU. Maka saat itu aku redha dengan segala ketentuanMU .
Waalaikummusalam rindu, jawablah dia ...
No comments:
Post a Comment