Hari senyum lebar sudah berlalu pergi, sekarang senyum-senyum biasa jew yang penting kena senyum . Sebenarnya ini punya cerital pasal last post "yes dear, i'm coming for you!" .
mungkin orang kata aku gila , dia kata aku memain . tapi bila aku kata memang akan jadi & buat .
Dengan restu ibubapa , aku bergerak dengan sederhana laju ke BatuPahat dimana ada seorang jejaka telah memahatkan nama & dirinya dihatiku! hahaa . tanpa internet hanya dengan sehelai kertas maps yang aku print di opis . Perjalanan agak tenang tiada gangguan tapi ada mengantuk sikit sebab drive alone tapi dan tapi tetap gigih mau sampai ke destinasi cinta . Alhamdulillah sampai dengan selamat dan tidak sesat yeahh!
Takdapat nak digambarkan selepas 4 bulan aku tengok si dia depan mata, muka cool je tapi hati berombak rindu . senyuman dia alahaii cair kakak ni woii . macam biasa laa sampai mesti borak dengan bakal mertua ehemm memacam borak itu ini , ini itu sambil makan goreng pisang . benti jap borak sebab ajak shah beli pencuci muka ,bole terlupa cuci mukaa hurmm nampak sangat excited !lepas beli ingat balik terus tapi dia ajak tengok sunset katanya tapi sampai jew sunset dah tenggelam tengok jelaa pulau pisang yang jauh ketengah tu .
Sorry awak sunset dah tenggelam . its okay lain tahun jelaa ek
Esoknya sebelum berangkat pulang , kami join ler 2 kenduri kat batu pahat tu nama tempat yang sebetulnya aku memang tak ingat laa . Alhamdulillah mujurlah aku tergerak hati nak bawak kain, kalau tak berjeans laa aku ke majlis ! Around 2 petang juga laa bergerak ke kl sampai kl aku ajak shah tengok wayang dekat alamanda dulu , berkat waze kami sampai putrajaya sebab terkuar ikut bangi dan berbelit cari jalan almaklum la dedua taktahu jalan ke putrajaya . Ape cerita kami tonton? The Pyramid dipilih oleh shah best ke awk? entah laa macam best . ok fine tengok jew.memang best kan cerita terkejut jew nak taknak hadap juga laa sampai habis . Habis wayang pergi one city tingkat atas skali skypark tengok permandangan ok sangat cantik subhanallah .
Dan esok pagi, dia pulang ke tempat kerja di Tanah Merah Kelantan . selamat kembali bekerja dan berjauhan . bila jumpa taktahu lagi dan semoga sihat sentiasa . Bye love


Alahai besar benor senyum diaaaa. Hehehe.
ReplyDeletenampak tu kegumbiraannya. haha
ReplyDelete