Tuesday, April 19

UMRAH BONDA

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah maa dipanggil juga untuk menunaikan UMRAH.Dengar pasal nak pergi MEKAH wow siapalah yang takmahu. semua teringin nak pergi Tanah Suci itu tapi dalam ramai-ramai adik beradik maa, maa yang dipanggil unutk pergi ke Tanah Suci. Alhamdulillah Syukur sekali lagi.

Maa pergi selama 12 hari termasuk perjalanan madinah dan mekah. nak menghantar maa ke KLIA perghh macam gaya nak hantar menantu 7 biji kereta kot! sangguplah makcik2 dan sepupu turun dari kelantan dan ada juga dari selatan sebab nak hantar maa. memang seronok sangat dan kecoh sangat hahaa~

Kalau nak cerita pasal bab air mata hurmm xpayah cakap laa, masa nak keluar dari rumah bila pakcik start azan tu semua airmata dah mengalir tu belum sampai KLIA lagi untuk berlepas. Adik bongsu aku paling haru-biru laa menangis tak berhenti-henti hehee~ dan aku memang agak susah dan payah untuk mengalirkan airmata cuma mampu bergenang sahaja. bukan tak sendu tapi memang laa  begini perangainya menahan kesedihan...

Sampai KLIA , kami berwefie laa kenangankan dan makan-makan sebab bawak bekal dari rumah. tengok keadaan sekeliling ramainya manusia yang bertuah dapat pergi ke UMRAH. aku pun bertekad akan pergi dengan insan yang tercinta suatu hari nanti InsyaAllah..dan ramai juga yang tanya kenapa Abah tak pergi?? hehe~ katanya nak jaga anak2 gadis dia.. mungkin belum sampai seru lagi insyaAllah ada rezeki abah tahun akan datang, sentiasa anak-anak mendoakan..

Lepas selesai hantar beg di kargokan dan taklimat sedikit untuk jemaah. dan tiba masanya untuk pelepasan , that part memang superb sedih sesi peluk dan tangis~ rasa macam nak ikut sekali sebab risau tengok ma sendiri je, siapalah nak angkat beg maa, bawak maa pergi masjid, pergi tawaf, larat ke maa?? masa tu tiada siapa pun yang tak nangis , lelaki mahupun perempuan semua menangis, bebudak yang sibuk berlari pun boleh terdiam seakan memahami. Aku? bergenang juga airmata, hampir mengalir tapi cepat2 pandang atas taknak bagi mengalir~ maa turun eskalator semua laju-laju lari tengok dan lambai. alaaa sedihnyaa~





...............................................................................................................

Balik rumah rasa pelik, maa takde tapi aku biasa lagi sebab dah besar memang jarang ikut maa balik kampung ke and pernah tinggal jauh kan dengan ma tapi rasa sedih tetap rasa sebab semenjak kerja memang duduk rumah dan balik terus makan masakan maa dan buka pintu je tanya "maa mana?" itu memang kebiasaan laa.

then maa call guna no sana semua berpusu-pusu lari nak dengar suara maa, ternyata maa juga merindui kami. heee sampai takboleh nak cakap yeahh~ anak kawan maa hantar gambar masa masih di Madinah maa nampak gembira so kami lega dan ada kawan dia tolong jaga juga.

dan selepas 12 hari maa pulang dengan keadaan selamat dan demam sikit perubahan cuaca. Alhamdulillah janji selamat. gembira tengok maa dan dengar cerita maa. kami dapat jubah, abah dapat 2 pasang. anak2 buah dapat 2 pasang juga dan makcik pakcik juga dapat. ehemm dekat buah hati tunang alam maya pun maa beli juga, menantu pilihan! hahaa~


Semoga kami semua ada rezeki untuk pijak di Tanah Suci , Ameen....


2 comments: