Thursday, June 23

Friends for Life Iftar

Assalamualaikum wbt

Hi, Selamat pagi semua . pasti ramai bermalasan nak kerja hari ni kan? sebab semalam cuti Nuzul Quran , rasa macam hari weekend jew.

Alhamdulillah pagi ni memang tak sahur, sempat hidangkan jew sebab tak larat sangat nak sahur, minum air jew, kerana pillow talk dengan adik sampai lewat pagi. So datang office terfikir sejenak, lama tak update belog. padahal nak update senin hari tu tapi tak sempat.

Tanggal 18 June 2016, sabtu minggu kedua puasa kami plan berbuka puasa dirumah boo. Memang tetiap tahun kami berbuka sama kolejmate ni. Tapi tahun ni lebih seronok dengan kehadiran penambahan baby comel dari anak erin dan suami serta anak ejan dan isteri. tak lupa juga key yang kahwin before puasa bawak isteri, tahu depan kendong baby pula InsyaAllah.

Ceritanya akulah manusia yang paling penat daripada boo yang memasak! hahaa sebabnya aku travel jauh hari tu dari KL-BP-NILAI-KL sebab nak pergi ambil kuih BANGKIT CHEESE customer. So tahun depan sesiapa nak order mesej cikjaa ye dekat FB (FARAH FARMIZA) nama sedap maka kuih bangkit cheese sewajibnya sedap. hahaa~ ter'promote'.

Lepak punya lepak selepas berbuka sampai nak ke 11.30 malam, memacam cerita dan paling cerita HANTU! memang la mengundang ketakutan. seram weii, jepp laa tukar cerita terhebat! dah laa jalan kerumah boo memang horror.

Sejujurnya memang syiok berbuka bersama mereka, masakan boo sedap sangat, semoga dapat suri hati dengan cepat. ameen. kuih sambal erin memang gebu dan pedas memang mavelos! pandai sudah nyonya kita masak, aku bila?? hahaa~ hopefully tahun depan aku pulak bawak orang baru hahaa.

kelapa ni import dari rumah bakal mertuaku! haha~
lepas berbuka baru boleh korek hidung! 
the food & me
Daniel cas battery tu, tido kejap jew
biasalah, aku memang kaki selfie dalam group ni
Ejan's family tiada sebab baby fayyadh menangis so kena balik :)



2 comments:

  1. Allahu sweetnya dah ada family still lepak2 mcm ni. Hope korang kawan sampai Jannah :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Ameen. semoga persahabatan kami kekal selamanya

    ReplyDelete