Assalamualaikum wbt ...........
Tengok pada tajuk pun dah tahu apa yang nak aku share. pasal produk SAFI RANIA GOLD! Alkisahnya , semua wanita tak kira remaja ataupun orang tua pasti pernah cuba produk SAFI yang sememangnya cukup terkenal berabad lama! mungkin laa. yela sebelum keluar produk kologen or bermacam produk di media sosial SAFI memang produk yang superb! (setelah berhasil kata superb kalau tak maki hamun bagai).haha
Aku guna safi dari start masuk sekolah menengah, first aku pakai SAFI hijau yang ada lidah buaya pelembab sahaja, aku google tapi takjumpa.Then habis SMK , aku sambung belajar aku pakai SAFI BALQIS yang biru warnanya dari pencuci muka hinggalah ke krim so kulit aku memang agak licin laaa, biasalah muda remaja masih cantik mulus & telus. hahaa. aku keep pakai sampai kerja. Bila dah masuk umur 22 tahun aku berhenti pakai SAFI then try local produk, kononnya nak putih gebu. haa memang putih gebu tapi macam cepat habis & tak tahan lama. tak larat nak perabus duit everymonth untuk wajah!
Bila kahwin, hormon jadi lintang pukang. sebulan sebelum kahwin muka dah berbintik halus. OMG STRESS! aku tak terfikir lagi SAFI sebab tahu effectnya agak lambat! disebabkan nak cepat aku pakai produk natural HIMALAYA, Alhamdulillah getting better tapi tak gebu! yela natural bukan untuk gebu. lepas kahwin aku stop Himalaya & guna produk lain, alhamdulillah juga berhasil & sekali lagi aku tak mampu & payah nak beli kena order & tiada dijual dikedai JAMU tapi bukan TATI skincare. hahaa!
So try beli SAFI RANIA GOLD sebab sudah cecah 27tahun maka SAFI BALQIS taksesuai untuk aku. hehee . Alhamdulillah hampir 3bulan guna SRG kulit makin mulus, lembut, bintik biasa sahaja tumbuh jerawat manja jika nak period tapi hilang dengan pantas. SRG memang wangi dari pencuci hingga ke krim malam. tergoda dengan bau wajah sendiri. sekarang try mask SRG seminggu sekali.dan yang paling penting dah 3 bulan masih takhabis lagi, jimat sungguh!
Banyak kan! tapi takla pakai semua:
Pencuci muka
Toner Gold Essence
Pelembab Siang + Krim
Pelembab Malam
Mask
So, pada yang ingin mencuba dipersilakan. Jimat & InsyaAllah berhasil. Senang didapati di WATSON or GUARDIAN.



No comments:
Post a Comment