Wednesday, May 11

Kehidupan

Assalamualaikum wbt ..


tajaan google

Kehidupan ini bukan hanya ada satu jalan . kalaulah ada satu jalan pasti akan menyenangkan dan mungkin juga akan menyusahkan .inginkan hidup yang panjang perlu tabah dan cekal hati untuk tempuhi jalannya yang berliku-liku .

sebuah kehidupan juga tidak akan menjanjikan kita kebahagian yang kekal abadi , disebalik kebahagian akan terselit jua keperitan yang akan kita tempuhi . andai dapat kita atasi kesakitan dan keperitan sebuah kehidupan pasti kita akan lebih tabah dan kuat untuk teruskan hidup serta lebih memahami orang lain .

kehidupan juga mempunyai nikmatnya yang tersendiri . mungkin kita sedar ?? mungkin juga tidak !!
nikmat itu akan dapat kita rasai kalau kita menghargai dan menpunyai kesedaran tentang kehidupan :)
jadi , kita menpunyai hak untuk mengemudi perjalanan sebuah kehidupan kita .kita yang mencorakkannya mahu berjaya atau tidak .


lebih baik kita hargai, dari kita dipuji 
-Komang Leo Triandana Arizona-

No comments:

Post a Comment