Tuesday, August 19

E-day Adik

Assalamualaikum wbt

10 Ogos 2014 bersamaan 14 syawal. Adinda telah mengikat tali pertunangan dekat si jantung hati.Adindaku masih muda-mudi tapi seru nya sampai dulu maka kita dahului. Segala jenis persiapan disedia oleh kaum keluarga dan sahabat handai. Banyak yang di taja. Alhamdulillah murah rezeki adindaku.

Bab pelamin dan hantaran , cikgu eton banyak membantu beri idea dan tunjuk ajar . Hantaran tu dia tunjuk 1 dan semuanya aku siapakan. siyeslaa kalau tiada cikgu , aku pun buntu jugak laa. 
Pelamin juga dari idea dia & gabungan aku laa, berangan memanjang , lain yang di ajar lain pulak jadinya tapi bole la comel juga dan berdiri megah pelamin merah biru tu. Baju tudung pun dari cikgu, untung laa aku minta semua sponsor dari cikgu! tapi cikgu tak dapat hadir sebabnya sehari sebelum majlis tunang adindaku , maa dia sakit kena balik kampung , papepun cikgu we love & double love you .

Semua orang macam pelik kenapa pilih warna 'merah & biru' . elehh sukahati aku laa hahaa. sebenarnya maa suruh aku tunang pakai warna faverat dia merah tapi aku ni taknak tunang dan kebetulan adik aku kena tunang jadi aku realisasikan warna merah tu pada adik aku . kenapa boleh ada warna biru ? Kami sekeluarga payah bebenor nak suka warna biru tapi aku saja nak matchkan ,erah biru kononnya cabar diri , bole ke ?cantik ke merah dan biru di gabungkan? Buat dan buat teng teng teng !! look nice ! bila tengok balik macam warna JDT , jadilah tunaang pun dengan orang segamat johor kan. 

Siapakah dia tunang adindaku? Ehem , kalau korang perasan aku pernah post gambarnya tapi sebelum mereka declare laa . hahaa ! sebenarnya tak kisah la siapa tunang adindaku janji mereka gembira , kakak gembira dan semuanya gembira . 

Sebenarnya ada lagu khas buat adindaku, memang kakak dedikasikan untuk dia . liriknya memang sesuai

 " Aku datang dalam hidupmu
Mungkin tak seperti yang kau inginkan
Tapi jangan kau menjauh
Cuba fahami mengapa aku di sini "

cuba fahami maksud lagu tu, kakak memang dah faham & kaji . Tersangat la sesuai uolss .
Tak siapa yang tahu tapi DIA la yg mengaturkan jalannya pada kalian. 

Berbanyak terima kasih buat ahli keluarga yang datang membantu dan kawan adinda yang hadir . Majlis kekecilan , alang-alang buat rumah terbuka kot . hahaa Segala kekurang datang dari kami dan segala kelebihan datangnya dari DIA .


Kemon baby kita tengok muka gembira semuorang !

Pelamin JDT ! hahaa adik & abah banyak menolong
Hantaran 7 dulang

Orang kuat Di Dapur.


Fatin Hanif & Haisyaa Thanks A lot. Big Hug
Bakal Adik Ipar, Take care of My Pretty Sister
3 pasangan! haha baju putih bukan pasangan saje aku semakkan diri . *peace



p/s : Adik sudah, kakak bila ? heheee Tahun depan i nak nikah terus. pray for kakak! 

3 comments:

  1. cantik merah biru,,singgah bw cn http://mummysupplementshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih nurul dan eyqa :)

    ReplyDelete
  3. merah biru kan warna jdt beb...huhhuh

    ReplyDelete