Tuesday, January 6

Dari kecil hingga besar remaja dia menjaga kau
Makan pakai,berak kencing semua dia hadap
Bila kau meningkat remaja, apa yang kau mahu dia cuba turuti
Tapi bila kau dewasa dan sekarang sudah bekerja
Kau lupa pula tanggungjawab kau pada dia
Kenapa?
Tapi dia masih berdiam,
mungkin banyak benda kau nak kena tanggung hutang kiri kanan
kau ceria gembira bersama rakan taulan
kau beli barang,kau belanja mereka
tapi ibubapa kau?kau kurangkan belanja demi jaga hati sahabat !
kategori apa selayaknya kau dapat?

Kau tahu ke bila hati mereka terusik?terasa dengan kau?
Sanggup ke mereka nak bagitahu kau yang mereka amat terasa dengan kau?
Mereka tak sanggup sebab mereka sayangkan kau
Tapi kau tega perlakukan mereka sebegitu?
Dan akhirnya hati mereka juga rapuh, tak sanggup menahan kesakitan
Mereka luahkan segala yang terbuku dihati selama ini
Bukan niat mereka ingin mengungkit atau berbangkit serta membandingkan anak-anak lain
Tapi kerana kau terlalu dan amat keterlaluan !
Kau membesar seperti sia-sia tanpa dapat memikirkan secara logiknya
Bukan kesalahan kau yang dicari tapi untuk memberi kesedaran dalam diri
Kau berfikirlah , muhasabahlah diri

Berbaktilah sebelum terlambat

No comments:

Post a Comment