Wednesday, January 20

Kulim dan Penang lagi

Assalamualaikum wbt

Pertama sekali, selamat tahun baru 2016 . semoga angan-angan anda semua menjadi kenyataan pada tahun ini. ameen

Berbalik pada tajuk di atas, ahaa! kami ke utagha lagi . almaklum laa kakak kat utagha pergi utaghaa , nanti kita duduk selatan , mami kita pergi selatan pulak kan. parent suka berjalan-jalan la katakan.alang-alang ke kulim tu kami pergi la penang sebab adik sedara ni haa nak pergi jalan penang. setakat naik feri dan jejalan tengok penang dalam kereta jew jadilah. janji sampai penang katanya. mungkin nak check-in hahaa~ kalau ikutkan kami dah puas berjalan sana cuma bukit bendera je tak jejak lagi itu coming soon laa. datang rumah kakak ada hal, nak hantar kancil dan melawat cucu-cucunya ni . si naufal demam rindu katanya nak ikut balik kl, abang long memang rapat dengan belah ibu, abang ngah rapat belah ayah. tunggu si adik ni besar sikit rapat sebelah mana pulak?? Rapat dengan siapa pun sebenarnya tak kisah, anak beranak dah semua kan. 

Cerita ke penang tak habis lagi ni. ni haa nak nak cerita bab makan dekat medan selera padang kota, adoyaii punya serabut habis, sibuk pakat berebut ambil order pening kepala kami tapi disebabkan lapar, kami layan jelaa. mujur ada view cantik nak hadap dari layan depa tu. pasni scroll bawah la kita share gambar sekeping dua tiga. 

hurmm, buah hati kita pergi airbone course sebulan dekat melaka. maka ketemu nanti laa .kita nak fokus kerja keras di awal tahun ni. sebab bulan februari ada 2 trip yang indah. 

tengok naufal tu happy sakan dengan tokmi & tok abah

anak tiga tapi bajet macam takda anak je bergambar pasangan ni.

diapit kakak dan bongsu, lagi 2 ketul adik takde. sibuk! 
Bye, muasalamah

3 comments: