Hari ini hari isnin sudah pasti semua pakat lemau masuk kerja semula. almaklum laa semua sambung cuti CNY kan dan ada juga yang penat handle perkahwinan kaum keluarga.
Tahniah juga buat pengantin-pengantin yang selesai kahwin , Alhamdulillah.
Berbalik kepada tajuk di atas, kami juga pergi bercuti cuti CNY. cuti panjangkan takkan la nak melepak goyang kaki je dekat rumah?? so kami 3 keluarga belah maa decide pergi Langkawi sebabnya 2 tahun lepas pergi macam takpuas sangat, hehee~
Segala bab booking memang akulah kena handle dari tiket feri, homestay dan van sewa tapi van sewa abah urus sebab aku punya contact semua full dan pakat nak markup harga, biasalah musim cuti memang seronok la up sini sana! sedih~
Kami gerak dari kl 5/2/16 malam dan singgah rumah kakak dekat kulim,kedah. jam 9pagi kami gerak ke kuala perlis sebab feri jam 130ptg, kena gerak awal sebab ada baby dan budak kecik mana tahu nak berhenti basuh itu ini kan. sampai jeti kuah dalam 3.30pm dan setel urusan van hampir sejam jugalaa, tahan la diri dengan perut lapar ni hanya sarapan pagi jew huh! homestay kami stay dekat chandek kura nak ke pantai chenang, telaga mahsuri, kereta kabel bagai semua tak jauh la . homestay memang best! ramai puji "pandai jaa cari homestay " hahaa terima kasih . sebab tempatnya tenang dan kami orang pertama yang stay situ kira pembukaan laa. insyaAllah will coming bawak mertua ehh! hahaa~ letak beg dan kami terus makandekat chenang sebab xmampu dah nak tahan. kami order nasi goreng woii dan harga ditetak kami dengan RM176.90 !! ok fine rezeki kau dan sejujurnya tak makan dekat situ dah.
Hari-hari seterusnya, kami memang berjalan tak berhenti cuma balik mandi jew dan aku sangat mengeSYORkan makan dekat "Jom Ikan Bakar" dekat padang mat sirat memang sedap ikan bakar jenahak dia urmmppphhhh!! 2 hari kami lunch dekat situ sebab sedap sangat dan harga berpatutan serta mereka bagi air free jee, air sirap dan teh o ais. air pun cukup manis dan sedap laa. semoga murah rezeki laa tokey kedai. sarapan kami masak sendiri dekat homestay jimat dan sewajibnya sedap laa. memang gigih semua bangun awal. perempuan memang bangun awal yang lelaki tuh pelik selalu dekat rumah liat benar nak bangun, dekat situ haahh takpayah kejut dah bangun takut xsempat sarapan laa tuu, sebab makanan terhad! heheee~
Island tak pergi sebab takut anak buahanku terjun tak pasala melalak semua dan ada baby takut terpelanting sebab naik speedboat. kereta kabel tak naik sebab ramai sangat beratur dan pakcik aku taknak naik hahaa gayat teruk dia tuh. pantai chenang kami pergi tapi nak dekat mghrib, tak berapa enjoy dorang mandi lebih enjoy suruh aku jadi videografi dorang melompat dan berkejaran dan kesudahan aku tiada dalam gambar mereka serta memory hp aku full errr, layan jelaa sepupu sepapat tuh tapi sangat happening . kalau bab shopping memang part mak-mak laa kami yang gadis ni follow sambil bawak barang. adik aku yang baru kahwin beli segedabak beg tarik dan maaa pun beli beg juga siap bole isi anak buahan aku 3 orang tu. sampai jeti kuah pun sambung beli lagi elok laa macam bawak lori je nak balik kl? gigih laa alza seksipucca aku tuh disumbat-sumbat segala jenis barang, katanya sekali sekala dan taktahu bila lagi nak pergi, ok faham-faham. aku beli set sudu garpu comel je untuk diri-sendiri mana tahu kahwin tahun ini bole simpan sudu dejat rumah kita kan sayang~ hahaa . letih laaa menaip, eloklah aku kongsi gambar pula lebih meriah belog ni.
Semoga ada rezeki lagi kembali kesini bersama suami, hehee








No comments:
Post a Comment