Sunday, February 21

Saturdate

Assalamualaikum wbt.

Selamat bercuti di hari minggu dan diharapkan semua sihat sejahtera. Ameen. Semalam 20 Feb, aku dating dengan "myperfectgirl", kenapa perfect girl? sebab dulu masa study aku nyanyikan untuk dia lagu "kau begitu sempurna, dimataku kau begitu indah....." sila sambung sendiri.

Aku lupa bila aku update belog ini cerita pasal erin? tau lebih selesa aku panggil dia "nyonya". tapi last keluar dengan dia dulu masa tengah mengandungkan anak dia, sekarang anaknya dah keluar alhamdulillah selamat dan comel, anak lelaki diberi nama Muhammad Daniel Aqif bin Mohd Shafiq, Tahniah beb!

So semalam aku dating dengan nyonya dan si comel daniel, anaknya baik dan tak meragam ok mungkin masih baby kan, kalau anak buah aku huhh! simpang bawak pergi mall memang cari perhatian la namanya tu. before keluar nyonya jamu aku lunch, OMG sedap okay dia masak dan udang yang aku malas makan dia tolong kopekkan memang ummi-ummi sangat. bangga laa! perut kenyang, zohor sudah maka aku bawak la dia pergi setia city mall sambil bercerita dan berkongsi cerita tanpa henti laa dari pergi sampai balik rumah. memang syiok sangat dapat luahkan masalah dan dengar masalah. tapi takdelah masalah sangat pun cuma saja nak cerita segala jenis berita , cerita kitakan. Dan terima kasih buat fiq sudi bagi pinjam nyonya sekejap tapi memuaskan.

Sesungguhnya kami dah takboleh selfie berdua sangat sebab ada insan ketiga interframe. haha

suatu hari nanti, insyaAllah.
hahaa, gatalnya aku
daaaa

2 comments:

  1. eh...ank ak senyum lh...hahhaha..cpt sikit, nk rasa ko mask2 pulak

    ReplyDelete
  2. aku masak? hahaa jauhlaa kau nak kena datang .

    ReplyDelete