Alhamdulillah, masih berkesempatan menulis dibelog ini. hari ini pun hari jumaat yang mulia, mood nak hari minggu berkobar-kobar tahap gaban ! tipulah kalau tak eksaited tunggu weekend. puihh
Back to the topic, last week kami iaitu skoolmate a.k.a gossip crew pergi IPOH untuk foodhunting! haa memang foodhunting makan sampai terkentut-terkentut ditengah malam. opss!
mulanya plan 6 orang tapi group kami ada 10 orang, disebabkan ada yang dah kahwin dan beranak pinak maka uols takboleh pergi dan keputusan dah tahu memang tak digalakkkan pergi nanti suami dan anak rindu hehee~ 6 orang confirm dan tett 4 orang je yang pergi atas sebab-sebab tertentu, faham .
Seawal pagi sesudah subuh dan syuruk, kami berempat aku (farah),lin, una dan iena bertolak ke ipoh dengan muka semua mengantuk tapi ada gumbira.aku dan lin dari pantai dalam laa amik si iena dan una dekat desa petaling, naik laa kami kereta sexy merah aku ni. ingat ramai tapi 4 ketul tapi layankan ajaa tapi riuhnya macam 10 orang.nasiblah sebab adanya aku dan meklong a.k.a lin yang memekak sepanjang jalan.
11am lebih jugalah sampai, kami pergi ambil kunci homestay dulu dekat halaman meru kot. homestay ni rumah family kawan 'si lin ni' maka takdela mahal sangat dia cas kami. rumahnya sangat panjang bole main tenteng tapi tak termainlah sebab letih makan dan berjalan.lokasinya tak jauh pun dari tempat makan kami mahu tuju dan bandar IPOH tak besar pun, pusing-pusing situ juga cuma mata kena melilau lebih nak tengok mana laa kedai makan hipster-hipster tuu. hehe~
Tempat makan yang pertama kami tuju selepas ambil kunci dan letak beg adalah D'paten Stadium secara amnya memang sedap makan tengahari disitu! yeahh alhamdulillah. lepas tu kami pergi bergambar dekat dengan Plan B dan lepak situ layan dessert dan memekak sampai semua orang macam annoying OPSS! sorry tetiba kami hilang ingatan pulak untuk bersopan dalam ketawa hahahaa! chitchatchitchat Ya Rabbi hampir ke arah petang, maka tunaikan dulu perkara wajib iaitu solat. selesai solat si una buat hal nak tersyiisyingg! hahhaa gigih cari ladies uols dan semua pakat berjangkit sama . tett! maka masuk Ipoh Parade dan siap shoppingkan untuk si una ni! hehee~
Dalam mall takpayah lepak lelama, KL berlambak mall kan, kami decide pergi bergambar dan makan. cari tempat ada payung konon nak bergambar tapi macam takbest sangat, makan cari lagi cafe hipster laaa. makan lagii dan lagi. kami lepak dekat Thumb Cafe ok sangat menarik dan tertarik. aku order nasi perhentian kot tapi yang lain order western. almaklum laa aku ni kena makan nasi kalau tak muka ak memang laa tak bermaya + takde seri. sebab tu la lepas makan ada waiter dekat situ tetiba tegur minta IG aku. hahaa~ maybe dia ingat aku budak-budak kot, maka kakak bagi jee sebabnya dalam tu ado abam manis kakak . hahaa memang sah la dia budak, aku approve dan tengok profile baru 20tahun. hehee comelnya~ lepas lepak kami pergi la Gunung Lang tapi hampa feri dah tutup sebab sudah jam 6pm, ok takper esok lepas breakfast we come again yaa uncle :)
balik la kami dengan muka hampa, lepas isyak keluar lagi pergi KONDA KONDI CAFE dan GERBANG MALAM. MasyaAllah memang ramai manusia di malam hari dan di KONDA KONDI CAFE, sementara tunggu dapat meja order ice krim satu yang dimasak-goreng tu tak tahu nama apa, lupaaa laa. disebabkan lambat datang dan order maka makanan dan diorder oleh kengkawan takda makan korang order jelaa apa yang tinggal hehee~ pity la uols tapi masih sedap yeahh! dan akhirnya jejalan separuh jalan di Gerbang Malam or pasar malam sebenarnya dan pulang untuk tidur.
Awal subuh bangun semua dan breakfast di kedai MAK JAH MEE HITAM dan ada ROTI GOYANG memang sedap . Seperti yang dijanjikan kami pergi ke GUNUNG LANG untuk layan permandangan indah dan kami bertuah dapat tengok pelangi secara dekat SUBHANALLAH menakjubkan. Maka selepas itu kami keluar dari bandar IPOH pergi ke KELLIE CASTLE 50-50 nak masuk sebab panas tapi parking pun sudah bayar maka masuk juga berjalan-jalan. selesai bergambar kami pulang ke KL , Semoga ada SHORTVACAY lagi bersama kengkawan.
![]() |
| OTW, Yeppi! |
![]() |











No comments:
Post a Comment