Friday, January 20

Darah & Personaliti

Assalamualaikum wbt........

Hai reader! hee~ semoga ada yang sudi baca coretan aku yang tak selalu update ni dan diharapkan semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat.

Hari ini mahu dicerita pasal personaliti dan sifat mengikut jenis darah diantara aku dan suami.
semalam adalah wassup tanya "Awak darah jenis apa ye?" B+ katanya..
Aku pun tanya dia kononnya nak tahu sama ada dia ingat ke tidak aku ni darah jenis ape. kata "A" the aku jawab A+ laaa, hurm padahal sama jew A or A+.

So aku pun google laa article mengenai personaliti dan sifat mengikut jenis darah. Marilah tengok sama ada betul ataupun tidak?? Yang boleh tentukan ye atau tidak adalah aku dan dia.

Si isteri berdarah (A+)
  • Sukakan keamanan dan keharmonian
  • Suka melakukan kerja teamwork
  • Peramah & mudah mesra dengan orang lain
  • Agak degil dan keras kepala
  • Seorang yang tegas
  • Penyabar, bertimbang rasa & penyayang
  • Workholic & kekadang lupa pasal kesihatan
  • Boleh dipercayai dan diharapkan untuk sesuatu tugas
  • Menyembunyikan perasaan sebenar  mereka hampir setiap masa dan cuma menunjukkannya pada masa dan waktu yang tertentu.

Si suami berdarah (B+)
  • Suka bersederhana dalam suatu perkara
  • Jujur & berterus-terang dalam perhubungan
  • Suka melakukan sesuatu mengikut caranya tersendiri
  • Pandai bersosial, kreatif dan fleksibel
  • Multitasking, boleh melakukan banyak perkara dalam pada masa yang sama
  • Seorang yang pelupa tapi bercita-cita tinggi serta memahami orang lain
  • Suka berdikari dan tidak suka meminta tolong orang walaupun kadang-kadang memberi masalah kepada diri sendiri.
So suami?? amacam betul ke tidak? tapi part untuk suami tu kebanyakan betul bagi aku kecuali Multitasking?? hahaha~ macam konfius nak percaya.

Part aku tu kebanyakan betul kalau aku tengok pada diri aku laa. suka aman damai lebih kepada keadaan senyap. Teamwork ! yes! boring kerja sendiri boleh mengantuk. peramah & mudah mesra. hahaa sifar semulajadi penyaki berjangkit dengan abah. Degil & keras kepala ehemm ikut maa abah cakap gitu dan maa selalu cakap aku ni degil. Tegas?? YES! sesetengah saja boleh nampak. suami nampak kan! hahaa~ Penyabar.... Alhamdulillah berkat kesabaran tunggu Shah 4 tahun kahwin juga akhirnya, amin.... Workholic! ofcourse laaa lupa juga pada kesihatan tapi makan siapa yang mapu lupa kan?? Boleh dipercayai..... YES, insyaAllah menjayakan suprise untuk kengkawan dan isteri2 sahabat hahaha! Last but not least "Menyembunyikan perasaan sebenar" dua orang kawan aku jew boleh jawab soalan ni. Erin orang pertama...

Selebihnya aku angkat bakul sendiri laa HAHA~ mungkin kekadang betul mungkin juga tidak . Lain orang lain perangai walaupun darah sama. Dan sejujurnya aku tak pernah derma darah sebab takcukup kriteria , bukan taknak dan bukan takot. tett

p/s: Bila marah elok diam dan kalau gembira jangan berjanji.#kisahrumahtangga

No comments:

Post a Comment