Monday, February 6

WEDDING THROWBACK


 Assalamualaikum wbt,

Lama sudah berkeinginan mahu update gambar kahwin ni. Alhamdulillah 5 bulan sudah kami bersama walaupun masih berjauhan tapi tetap sayang dan saling merindui. haha!

Setahun jagung pun belum, masih fasa manis manja. semoga kita sentiasa bertolak ansur dalam melayari bahtera cinta kita sepanjang hayat ini. Amin....

Okay sekarang aku cerita detail mengenai baju nikah dan sanding, photographer dan catering serta mekap.

Baju Nikah & Sanding & Bertandang dari senior kolejmate aku ARIEF SHAH, memang dah pasang niat awal2 aku kahwin nak dia buat baju, jahitan kemas, design cantik , pakai selesa dan rasa memang superb laa bila pakai. kita cakap sikit jew nak macam mana then dia boleh olah sana-sini. Almaklum laa designer kan. ramai juga aku kenenkan baju dia untuk wedding. Adik aku, aku dan kawan2 serta sedara mara.

Nikah warna dari suami tercinta, warna kegemaran dia BLUE FOREVER! sanding aku pilih HITAM sebab otak aku macam biul sikit nak pilih warna  sebab terlalu banyak warna cantik tapi aku memang suka HIJAU tak suka HITAM . orang kata tak suka tula aku kita dapat so mendapatlah BIGDAY pakai warna HITAM. memula takberapa konfiden tapi bila try baju tu masyaALLAH lawa yang amat!

Catering maintain sama dengan majlis adik aku memang masakan sedap menepati citarasa dan maa memang suka sangat. Owner kak Eja pun sangat baik & banyak juga bagi extra2 food and keperluan kahwin. Alhamdulillah semoga murah rezeki. Pelamin cantik manis pun aku set dari MEC. 

Photographer, aku amik dari PEVEYHACK PRODUCTION masa promotion bulan ramadhan untuk gambar dan video. Alhamdulillah ada duit lebih sikit buatlah video untuk kenangan akan datang.Gambar & Video cantik serta tukang amik gambar & video pun sporting! hahaa

MUA IG: Qasryn
DRESS (FB & IG) : Arief Shah
Photographer : PEVEYHACK
Catering & Pelamin (FB) : Mega Event Catetring

Suami gembira lihat isteri berbaju BIRU

Pelamin manis & Pengantin Manis

Kuasa Photographer, Thanks PEVEYHACK

inspiration from Anzalna tapi i reguest Riben besar gedabak! haha
Gold: adikku
Pink: sayalah
Both from MEC LOVE!

 Terima kasih untuk semua yang terlibat termasuklah yang membaca, Doakan perkahwinan kami hingga ke Jannah dan dimurahkan rezeki.         
 
p/s : Nak kahwin lagi dengan awak je. hehee    



                                            

No comments:

Post a Comment